Sabtu, 29 Januari 2011

Surat Oh Surat

Sejam sblm balik... dapat satu e-mail.Semua staff dah tersenyum. Masing-masing tertanya-tanya... Bila agaknya surat nak keluar???Feb? Mac? atau April??? Apa yang pasti... masing2 dah terbayang apa nak buat.

28/01/2011 5.15 PM.....
Satu e-mail lagi masuk. Agak menarik perhatian aku. Bla, bla, bla, Surat sudah keluar laaa......... Alamak!!! Bos kene pegi amik. Bos tak de lak pasal MC.  Kengkawan dah bising suh aku pegi amik. Aku lak boleh buat lawak2 hangit buat lambat2. Hahahaha... Dengan gaya ala Rajinikanth aku pon gi la mengutip surat tuh. Masa naik sempat aku sembunyikan surat dalam jaket aku. Aku cakap bos jer boleh pegi amik... Last2 aku bagi jugak. Masing2 senyum smpi telinga.


 Tu dia surat yang ditunggu2... Berdebar2 nak bukak nih. Alhamdulillah... syukurrrr..... Bajet dah ada, Puan Menteri kewangan pon dah meluluskan. D7000 on the way.... 10 years dream coming this April. Muka atak senyummmm............ :)








Ahad, 23 Januari 2011

Kamera

Cerita pasal kamera lagi. Buat masa ni, aku ada koleksi 3 kamera. Tak termasuk kamera kat henpon aku. hehehe..First kamera aku jenis Fuji. Abah beli masa darjah 6. Mana tah aku letak kamera tu.


 Kamera yang aku beli kemudian tahun 2000. Masih ada lagi. Dah jadi tukun jer. Buat koleksi...
Richo
Model : RZ-735 (f = 35-70mm) Super Macro. Aku beli dlm RM 300++. Masa tu aku baru keje kat JBD USJ. Lama gak aku pakai kamera nih.


Next kamera aku. Digital kamera. Aku beli dari Jan. Tahun 2002 kalau tak silap. First digital kamera aku. Antara Kamera digital awal yg ada kot.

Jenama : i
Model : IC526
Digital/Video Camera. (640X480) VGA

Kamera ketiga aku Canon. Aku beli sekenhen dari Nik. Dia beli tahun 2006. Pastu jual kat aku tahun 2008. Kamera ni dah berjalan jauh oooo... Dah sampai Beijing, LA, Vegas, London, Dubai, Shanghai n Hanoi. Masih elok lagi, cuma penutup bateri longgar pasal aritu terjatuh.. waaa.... Hangin satu badan. Dah terpaksa pakai selotape. Kamera ni dulu aku bawak gi merata. Pegi keje, outing dll.. Pasal sentiasa dalam pouch henpon aku. Memang tak pernah tinggal la kiranya. Sehingga la tahun 2009 bila aku beli henpon baru Nokia N78, aku dah tak bawak kamera ni merata cam dulu. Bateri dia still ori, tak penah tukar. Memang tahan giler bateri nih.
Canon
Model : IXUSi 5mp (6.3-14.9mm 1:3.2-5.4)
Zoom Lens 2.4X
Digital Zoom 10X


 Target aku sekaranggg...... Tak bley tahan ooooooo...

Jumaat, 21 Januari 2011

DSLR

Cite pasal Dslr lak nih. Rasanya kalo tak silap, aku start pegang SLR masa umur 9 thn (1984). Masa tu digital tarak lagi. Abah aku masa tu baru beli SLR jenama Chinon

Rasanya model atas nih. Budak2 tau je time tu. Last2 abah ajar cara2 guna. Memang mencabar guna SLR nih, semuanya manual. Bukan mcm sekarang. Last skali aku pegang masa form 6 (1994). Lepas tu aku busy dengan keje. Pastu sambung study kat ITM. terus aku lupa ngan kamera. Abis study aku pun keje. Nyaris2 aku dah nak beli Canon awal 2000 dulu, tapi tak jadi.. huhuhu... Tak ingat pulak pasal apa aku tak jadi beli. Lama juga la hasrat nak beli tu tertangguh. Sampailah ke hari ni.

Tahun 2011 ni, target aku adalah......


 
DSLR D7000
Announced : 15-09-2010
The D7000 is a high-quality mid-class D-SLR that will respond to user demands for a variety of the latest camera technologies and functions, enabling them high-quality, high-definition shooting.
Price: RSP RM 4,998.00 (with AF-S DX Nikkor 18-105mm f/3.5-5.6G ED VR); 
RSP RM 4,398 (body only)
 
Harga dalam RM4000-4500 dah boleh dapat complete with kit. Gedebak-gedebuk... dalam RM5500 kot flash... etc... Kite tunggu bulan April nih camne......

Jumaat, 7 Januari 2011

Hujan oh Hujan

Semalam pagi2 nak pegi keje dh hujan. Decide guna MEX highway takut Jalan Sg Besi tu jam. Sebelum plaza tol, betul2 dkt corner... baek punya corner ada sebijik kereta dh tersadai kt tepi. Eksiden la tu. Lepas jer corner terbaek tu tetiba muncul sebijik keta tgh berenti kat lane kanan, dgn pantas aku brekkkk......... ABS start to kick in. sempat la aku cilok ke kiri. Rupa2 nye kt dpn tu ada sebijik keta honda sudah terbabas kat lane kanan. Aku mmg tak tunggu la. terus jalan. kang tak pasal2 kene langgar ngan keta kt blkg.

Kesimpulannya, bagi mereka yg tak biasa dgn MEX highway tu, sila berhati2 bila hari hujan. Lebih2 lg dkt corner sblm tol salak south tu. Air bertakung & selalu ada eksiden area2 sitoooo.... 


Ohh.. nanti aku cite kejadian lawak kot di tahun baru

Rabu, 5 Januari 2011

Happy new year

Happy New Year frens. Wishing u all the best for 2011.


Tetiba rasa nak buat blog. Tak tau nak tulis apa lagi. Nanti ada masa aku update cerita2 aku.