Ahad, 2 Disember 2012

Rabu, 16 November 2011

7 years 6 months full of memories (International Medical University)

Lama dah tak update blog. Bizi oooo.. hehehe..
Cite pasal keje lakk... IMU in memories. Lama gak aku keje kat sini 7 tahun++. 12 Januari 2004. My first day at IMU. Macam-macam pengalaman aku dapat. Jalan sana-sini sempat la sampai Beijing, London, Shanghai, Vietnam dan err.. Singapore. Ucapan Terima kasih tak terhingga buat En. Hasbullah Atan (My x-boss, my friend also my mentor) yang banyak membantu, memberi tunjuk ajar dan peluang untuk maju. Sorry En Has, terpaksa layan kerenah saya yg macam2 nie... hehehe...

Kat situ jugak la aku jumpa kawan2 yg macam2 perangai. Hahaha.... Petang2 balik keje lepak bawah pokok, futsal, etc. Last2 sorang2 berhijrah ke tempat keje baru. Sorang lepas sorang... huhuhu... aku bila lagi???? August 2010... Giliran my boss lak... hmmm... Then everything change... Semua geng library start ilang mood nk keje. Aku toksah cite la... ikot suka aku jer nak buat apa datang keje. Macam opis aku lak. Hahaha....

November 2010, satu Universiti baru ditubuhkan which caught my attention. On May 2011, dapat info akan mula operasi. Terus update resume dan hantar. Few days later got a phone call... interview.... So, senyap2 pergi interview sorang pon tak tau aku pergi interview tu, tapi.... rahsia bocor... Hahaha... Sampai ke harini aku pon tak tau camne diaorg leh tau aku gi interview. Herannnnn.... Jadi cerita hangat kat Mesyuarat MLG.

20 Mei 2011... Birthday aku. Hadiah birthday yang aku dapat... A phone call and a new job. Alhamdulillah... Happy birthday to me :) ... Dapat jer offer letter aku terus draft resignation letter. Siap jer aku simpan sampai ke petang. Masa nak hantar, tetiba rasa sayu lak.. huhuhu...

23 Jun 2011... Last day at IMU. Sayonara... and the memory remains.....

Isnin, 28 Mac 2011

Gaduh kat Pertama Complex

Sabtu 26hb Mac 2011.

Agak bz haritu pasal ada conference kat office. Kol 4 ptg terus terbang ke Pertama...
Tempat di tuju... Kedai kamera. Lepas gado2. Tumbuk, terajang, karate, silambam, silat... sume aksi ganas, akhirnya.. ni yang aku bawak balik... disamping lebam2 err... kat poket hehehe...

Akhirnya...

dekat kol 6 baru balik umah. Otw balik jalan jem pulak kat KL. Semua traffic light tak hidup. Adesss...

Balik umah terus carik buku manual. Tebal pulak buku dia nak baca. Mau makan bertahun nak baca nih. Butang2 yang macam-macam. Ada yg familiar, ada yg err.... butang apa niii??? hahaha...
Akhir kata... Selamat membaca buku manual kepada saya.....

Ahad, 13 Februari 2011

Jalan2 ke Beijing

6 April 2006... Company trip to Beijing...
First time ke luar negara nih... teruja jap.. Company trip ke Beijing. Banyak tempat pegi time nih.


Ni gambar sebelum berlepas. Makan McD kt KLIA. Laparrrr.... Naik flight SIA kalau tak silap.

Transit 2 jam kat spore. Bosannnn.....

Antara tempat2 yang dilawati...

 
Credit to Norley
Banyak lagi tempat2 yang kita pergi. Pearl factory, Silk factory, Medan Tienanmen, Forbidden City dan Greatwall.

Sabtu, 29 Januari 2011

Surat Oh Surat

Sejam sblm balik... dapat satu e-mail.Semua staff dah tersenyum. Masing-masing tertanya-tanya... Bila agaknya surat nak keluar???Feb? Mac? atau April??? Apa yang pasti... masing2 dah terbayang apa nak buat.

28/01/2011 5.15 PM.....
Satu e-mail lagi masuk. Agak menarik perhatian aku. Bla, bla, bla, Surat sudah keluar laaa......... Alamak!!! Bos kene pegi amik. Bos tak de lak pasal MC.  Kengkawan dah bising suh aku pegi amik. Aku lak boleh buat lawak2 hangit buat lambat2. Hahahaha... Dengan gaya ala Rajinikanth aku pon gi la mengutip surat tuh. Masa naik sempat aku sembunyikan surat dalam jaket aku. Aku cakap bos jer boleh pegi amik... Last2 aku bagi jugak. Masing2 senyum smpi telinga.


 Tu dia surat yang ditunggu2... Berdebar2 nak bukak nih. Alhamdulillah... syukurrrr..... Bajet dah ada, Puan Menteri kewangan pon dah meluluskan. D7000 on the way.... 10 years dream coming this April. Muka atak senyummmm............ :)








Ahad, 23 Januari 2011

Kamera

Cerita pasal kamera lagi. Buat masa ni, aku ada koleksi 3 kamera. Tak termasuk kamera kat henpon aku. hehehe..First kamera aku jenis Fuji. Abah beli masa darjah 6. Mana tah aku letak kamera tu.


 Kamera yang aku beli kemudian tahun 2000. Masih ada lagi. Dah jadi tukun jer. Buat koleksi...
Richo
Model : RZ-735 (f = 35-70mm) Super Macro. Aku beli dlm RM 300++. Masa tu aku baru keje kat JBD USJ. Lama gak aku pakai kamera nih.


Next kamera aku. Digital kamera. Aku beli dari Jan. Tahun 2002 kalau tak silap. First digital kamera aku. Antara Kamera digital awal yg ada kot.

Jenama : i
Model : IC526
Digital/Video Camera. (640X480) VGA

Kamera ketiga aku Canon. Aku beli sekenhen dari Nik. Dia beli tahun 2006. Pastu jual kat aku tahun 2008. Kamera ni dah berjalan jauh oooo... Dah sampai Beijing, LA, Vegas, London, Dubai, Shanghai n Hanoi. Masih elok lagi, cuma penutup bateri longgar pasal aritu terjatuh.. waaa.... Hangin satu badan. Dah terpaksa pakai selotape. Kamera ni dulu aku bawak gi merata. Pegi keje, outing dll.. Pasal sentiasa dalam pouch henpon aku. Memang tak pernah tinggal la kiranya. Sehingga la tahun 2009 bila aku beli henpon baru Nokia N78, aku dah tak bawak kamera ni merata cam dulu. Bateri dia still ori, tak penah tukar. Memang tahan giler bateri nih.
Canon
Model : IXUSi 5mp (6.3-14.9mm 1:3.2-5.4)
Zoom Lens 2.4X
Digital Zoom 10X


 Target aku sekaranggg...... Tak bley tahan ooooooo...

Jumaat, 21 Januari 2011

DSLR

Cite pasal Dslr lak nih. Rasanya kalo tak silap, aku start pegang SLR masa umur 9 thn (1984). Masa tu digital tarak lagi. Abah aku masa tu baru beli SLR jenama Chinon

Rasanya model atas nih. Budak2 tau je time tu. Last2 abah ajar cara2 guna. Memang mencabar guna SLR nih, semuanya manual. Bukan mcm sekarang. Last skali aku pegang masa form 6 (1994). Lepas tu aku busy dengan keje. Pastu sambung study kat ITM. terus aku lupa ngan kamera. Abis study aku pun keje. Nyaris2 aku dah nak beli Canon awal 2000 dulu, tapi tak jadi.. huhuhu... Tak ingat pulak pasal apa aku tak jadi beli. Lama juga la hasrat nak beli tu tertangguh. Sampailah ke hari ni.

Tahun 2011 ni, target aku adalah......


 
DSLR D7000
Announced : 15-09-2010
The D7000 is a high-quality mid-class D-SLR that will respond to user demands for a variety of the latest camera technologies and functions, enabling them high-quality, high-definition shooting.
Price: RSP RM 4,998.00 (with AF-S DX Nikkor 18-105mm f/3.5-5.6G ED VR); 
RSP RM 4,398 (body only)
 
Harga dalam RM4000-4500 dah boleh dapat complete with kit. Gedebak-gedebuk... dalam RM5500 kot flash... etc... Kite tunggu bulan April nih camne......